Khamis, 27 Disember 2012

Jadikan sebagai PENGALAMAN!

  Assalamualaikum. Harini aku nak sambung lagi cerita. Korang dah baca title kat atas kan?? Korang terfikir tak maksud disebalik title tu? Hmmm...Ceritanya begini, pada suatu hari tu, aku kerja full time, partner promoter aku ambil cuti. Aku kerja macam biasa, nothing happen. Then ada satu customer nak beli seluar, like usual, kena buka bill segala bagai, and customer tu nak potong seluar. aku pun pergi lah ambil pita pengukur and measure la berapa panjang. aku mintakkan promoter lain tolong jahit sebab aku ni masih tak reti2 lagi nak menjahit. Dia minta aku potongkan dulu seluar tu then aku potong la. Tiba2 promoter yang nak tolong jahitkan seluar tu panggil aku. Dia tanya berapa panjang seluar tu, aku jawab la. HAH!!! Seluar tu pendek sangat bila aku potong, AMEKAW... Tak pasal2 aku kena ganti seluar customer tu. Nasib baik customer tu tak marah2 bila aku cakap aku salah ukur seluar dia. Nasib dia tenang je. Aku bagi stok seluar baru dekat dia, seluar yang salah potong tu aku kena bayarlah. Entah apa la dalam kotak pemikiran aku masa tu? Berangan kot sampai salah measure.. Harga seluar tu bukannya murah, nasib la aku boleh bayar pakai staff price, kalau tak... mau koyak beg duit aku ni. Esok tu aku masuk afternoon. Berdebar debar aku nak kena tahan telinga mendengar bebelan atau kena marah dengan partner promoter aku. Alhamdulillah, aku tak kena marah. Dia just nasihat aku supaya lebih berhati hati dan jadikan ini sebagai pengalaman dan pengajaran untuk aku. Aku fobia sekejap je hari tu, kalau ada customer nak potong seluar, aku mintak promoter lain yang tolong ukur untuk aku dan aku takkan potong seluar tu. Dua hari selepas kejadian tu aku akan measure at least dua kali untuk memastikan panjang yang aku ukur tu betul. And selalunya aku akan lebihkan satu inci kalau aku nak potong seluar tu. Aku selalu ingatkan diri aku, seluar tu kalau labuh tak pe kalau aku ukur, tapi jangan pendek. Sampai sekarang aku akan buat macam tu utk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi. Masa aku cakap kat mak aku yang aku salah potong seluar tu, mak aku geleng kepala. Nasiblah adik aku muat seluar tu walaupun ladies punya.

Selasa, 11 Disember 2012

Picnic Yang Tidak Di Jangka.. hahha

hehehe... aku post lagi beberapa perkara.
sebenranya, aku dah lama nak post benda ni, tapi USB cabel aku buat hallah. aku nak masukkan beberapa gambar kenangan aku dengan kawan2 aku sebelum peperiksaan SPM hari tu. Ceritanya macam ni, sebenarnya kita orang nak buat study group, tapi ini yang telah terjadi..
Sudi2 kan la diri anda untuk melihat gambar2 kami semua disini...












































sorry la, kualiti PIC tak berapa memuaskan disebabkan oleh faktor tertentu haahhaaa
tapi kita semua sentiasa enjoy and happy go lucky!!! 

Penat, tapi tak Penat... hmm

heeee, korang tengok tak tajuk post aku ni? pelik kan? Sekali lagi aku menggunakan Hazeequl's principal. Sebenarnya aku nak bercerita pasal kehidupan aku baru2 ni. Macam aku dah cerita, sekarang ni aku dah mula bekerja di Jeans Studio dekat AEON tu. Nak kata dekat, hmmm aku pergi kerja jalan kaki je lah. Kerja dekat situ nak kata penat, tak la juga. Kerja dia simple je, tapi time customer banyak, memang penat la kalau partner aku takde. Almaklumlah aku ni jenis yang blur sikit kan? So kena belajar slow2 walaupun dh cukup 10 hari aku bekerja. Customer ni bukannya always menempel dekat situ je, kalau sekali datang, macam segerombolan lanun pun ada haha, sekali datang ramai gila ohh.. Lepastu tiba2 senyap sunyi je. Pelik kan? Lumrah la kalau macam tu. Kerja memang best. Baru tahu macam mana sukarnya nak dapat duit tu.. So, the moral of the story is, kawan2 yang kat luar tu jangan la asyik nak merajuk kalau parents korang tak nak bagi duit belanja banyak2.. Korang tak tahu bertapa sukarnya atau susahnya nak dapat duit walaupun hanya seringgit. Cuba korang yang pergi kerja, mesti korang tahu apa yang parents korang rasa. Korang tengok kerja parents tu nampak senang, tapi cuba kalau korang dekat tempat parents korang? hmm aku pun tak tahu nak cakap apa. Dengan berkerja, kita boleh la dapat pengalaman, at hte same time boleh belajar untuk adapt situation, berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Ok lah, sampai sini je aku boleh bercerita, lain kali kita sambung lagi eh?? 

Ahad, 2 Disember 2012

ready to goooo hoooo oohhh

 hoohhhhh hahha.. Assalamualaikum. skrng ni baru eden rajin nk mengupdate blog ni ha.. Sekarang ni tinggal lagi 1 paper nak dijawab, lepastu totally free.. At the same time, sekarang ni orang tengah kerja part time kat   Jeans studio, penat memang la penat, sekadar lenguh kaki je, yg lain ok and kerja dekat situ agak relax la.. 1st day masuk, huuuissh, kena hafal kedudukan jeans tu kt mane, kalau tak.., memang jenuh la nak mencari jeans tu kalau customer nak. Lagi satu, orang memang kerja kat satu brand jeans je, tapi brand jeans tu ada banyak jenis dengan denim nya lain2 tu yg kena hafal, nanti terpinga2 pulak nak terangkan kat customer beza jenis jeans tu. hhmmm nasib baik ada pekerja lain yg baik hati nk membantu bila orang tengah BLUR.. hahhaaa. Harini orang kena masuk lambat sikit, tu yang dok relax lagi ni. Ade satu pekerja ni, cara dia bercakap sebijik mcm Najib, kawan orang. Bila tengok dia, automatic teringat kt Najib sbb memang sebijik gila lah. Kiranya bila kerja ni worth juga la sebab dapat menghilangkan perasaan boring lepas SPM ni. At the same time dapat jugak lah simpan duit nak p ambil lesen nanti. By the way, orang terpilih masuk PLKN tau!! Bangga ni, sbb memang nak masuk sangat. Banyak faedahnya sbb PLKN ni kira markah KOKO bonus untuk masuk U nanti.

p/s: orang sebenarnya nak update pasal PICNIC TAK DIJANGKA DENGAN KAWAN2, tapi entah kenapa USB phone dngn komputer buat hal. File tak boleh bukak dekat komputer ni.. Tapi jangan risau, akan eden usahakan jugak nanti.. ADIOS!!!

Jumaat, 30 November 2012

Ya Allah,.... dah lama betul

Assalamualaikum semua, hmmm dh lama kan aku tak update blog ni? Sangat lah lama sampai baru lepas SPM nk update... Alhamdulillah aku dah berjaya mengharungi 9 papers yg mencabar dlm peperiksaan. Hanya tinggal lagi 1 paper dan SPM aku akan berakhir.. Setakat ni sahaja yg aku boleh update, insyaAllah akan ada lagi benda baru yang aku akan update... ;)

Rabu, 21 Mac 2012

Hari Ini..

everything rolled into one.. 
hahha... dah lama sangat aku tak update blog ni.. time ade je idea nak menaip, masalah lain pula timbul.
al maklumlah, laptop aku ni bukan yang canggih manggih mcm laptop apple tu. 
asal hidup segan mati tak nak. "eh, betul ke peribahasa ni?" 
tibai je lah.. 
untuk pengetahuan kalian semua last two weeks, aku menghadapi minggu peperiksaan. 
hmm ade paper yg boleh jawab, ade yang kureang sikit.
naik je cuti sekolah, like usual we will get our result right?
haaaahhh tidak!! aku failed satu subjek. masa tu jugak kena marah dngn ckg. mak ai, kecewanya.
yg lain, ok lah. masih menunggu satu result je lagi.
minta2 dapat markah yang terbaik. ape pon aku bersyukur dengan result aku walaupon ade result yg a bit mengecewakan. 
itu cite semalam. 
point aku hari ni sebenarnya nak cite pasal banda lain. 
ok, start dari semalam lagi kita org dah practice pasal forum utk competition hari ni. nasib baik surat postpone sempat sampai, katanya competition tu ditunda ke esok hari sebab hari ni result SPM keluar.
time rehat lepas practice tadi, aku dengan wawa saja la pergi dewan tengok senior2 kami ambil results mereka. 
debarannya terasa mcm kami yang nak p ambil result SPM tu. 
woaa agak camburu juga la tengok senior2 yang dapat straight A's tu.
jadi, the moral of the story is, (petikan kata kata pn.geraldine)
i have to workhard from now on.
i have to escape from my crazy daily routine...
yesss insyaAllah i can do it!

Ahad, 12 Februari 2012

Emosi ke ape??


Alahai.. minggu ni tersangatlah stress dngn segala bagainya baik homework n other stuff lah...



ditambah lagi dngn permasalahan lain.. pokoknya semua dah bercampur baur..
kesabaran yg aku kumpul dari tahun lepas akhirnya meletup juga.
kiranya aura marah ni dah terasa bahangnya.
sabar mcm mana pon ada la hadnya juga..
ades.. aku harap semua ini akan berakhir ASAP!!!!!
as soon as possible la bukan asap kereta ke bus ke hehek

Sabtu, 4 Februari 2012

Teringat zaman dulu dulu

Bila aku dah naik form 5, mula la ingat cite dulu2. Susah, senang, bergaduh, gelak ketawa dengan kawan2. Sekarang ni cerita2 tu semua hanya jadi memori untuk aku. Biar pahit ke, payau ke, manis ke? Semua tu akan jadi pengalaman. Ingat lagi first time masuk form 1, punya la takut ngan pengawas senior.. whoaaa childish kan??
Then tetiba aku boleh sesat pulak masuk REJIMEN latihan utk pengawas baru.... Masa tu la aku dapat jumpa wawa. Mula2 tngk dia aku terfikir "ish budak ni kerek gila siot,, tengok aku lain mcm je" bila dah jadi kawan, semua benda negatif boleh hilang kan?? Start dari situ la aku dapat kawan2 baru... aku kenal Liyana, Iki, Mira n sewaktu dngnnya lah.. 
Ada satu hari tu, masa aku form 2, bila aku n kawan2 dah officially jadi prefect. Adalah kwn sorang ni, dia bwk PSP, then aku, Liyana n wawa apa lagi, bukannya rampas PSP tu, tapi boleh pulak kte orang p main game bowling dalam tu. Dok tengah syok2 main, kami bertiga serentak angkat kepala dan terus melihat ke tingkap. 
Mahunya x meletup jantung bila tengok ketua pengawas bersama penolongnnya sedang MEMERHATIKAN kami bertiga sedang bermain PSP. nasib baik markah kami bertiga tidak ditolak.. aigooo bila ingat balik time tu, rasa kelakar pon ada.
Sekarang ni kita orang dah x boleh nk jadi nakal2. kena study nak SPM. 
Aku harap kita orang semua boleh dapat yg terbaik dlm setiap perkara yang kita nak.

Sabtu, 28 Januari 2012

Sama Tapi Tak Serupa

hehek. korang tengok dulu pic kt bawah ni...


kenal x sape ni???
x kan x kenal kot..
nilah dia actor Jisung yg berlakon dlm 
Protect the Boss tu..

korang tengok dia ni handsome kan..

cerita yg sebenarnya bermula begini.
hari tu, aku ada lah pergi tournament utk badminton.. ceehh wakil sekolah 
kononnya.
before turn aku nk lawan, aku ada tngk sorang budak 
lelaki ni tngh berlawan. 
TERKEZUUTTT
aku. 
muka dia SEBIJIK mcm jisung.
cuma dia pendek sikit n gelap sikit lah. muka memang persis.
gerenti kalau korang tengok budak tu korang akan terkejut juga.
tu je lah yang aku nk cite kat korang minggu ni. InsyaAllah kalau 
ade idea aku sambung lagi ok.. 
adios amigos

p/s: time CNY hari tu aku g raya umah atuk sedara aku. almaklumlah aku ni keturunan 1 malaysia. campur melayu cina india. best la hari tu. x lupa AngPau pon aku dpt gak hehehe.

Isnin, 23 Januari 2012

Manusia Yang Banyak ragamnya.

ok fine. kita jumpa lagi kt blog ni.. pergh, memang betul la seminggu sekali je aku update blog ni. nak dijadikan ceritanya, hari sabtu lepas, aku pergi midvalley. padahal bru je aku g lepak kt JJ ngan wawa hari jumaat tu. memang dikatakan aku ni nk jadi gila la. okeh, back to story tadi. aku n mak aku naik KTM nak g midvalley. then, masa dlm tren tu la bermacam macam ragam manusia yg aku tengok. dari segi berpakaian sampailah dari segi pertuturan. aku ni kalau bab observe memang terlebih sikit haha. semua org tau kan KTM skarang ade coc utk wanita kan? jadi adelah beberapa kaum adam ni yg dah tau tersesat masuk kt tmpt pompuan x reti nk kluar g coc lain. dahtu siap bleh duduk lagi buat muka x bersalah n padahal bnyk lagi pompuan lain berdiri nk duduk. at least bangun la berdiri kasi kaum hawa yang duduk betul x??? then tibalah di satu perhentian yg aku x ingt namanya. adalah satu perempuan ni, aku x nk ckp dia bangsa apa ok. badan dia dah la terlebih SIHAT, pastu buat selamber dek dia masuk dengan pakai baju ketat n sendat, dengan sluar pendek yg bawah pusat. korang boleh bayangkan x mcm mana rupanya? x kesah la kalau bukan islam pon, tapi cara berpakaian tu pon kena la jaga juga. kte kt tempat awam pon kena la jaga adab berpakaian tu. biar sedap mata org memandang, bukan menyakitkan mata org2 awam. aku rasa, sampai sini je lah ug aku nk cite kat korang semua. By the way, time aku g JJ hari tu aku ada jumpa Aina. rindu dekat dia sbb dah lama x jumpa. aku harap kte boleh jadi kawan sampai bila2 eh.. 

Sabtu, 14 Januari 2012

14 Jan 2012

ok.. korang mesti dh tngk title kt atas kan3?... 


Hari ni birthday tuan 
punya blog huhu..


cewahhh bajet je kan budak dlm gambar ni??


Harini sudah genap la umur aku 17 thn.
Entah tatau nk ckp apa.. Yang penting aku rasa gembira .
Terima kasih to my parents pagi2 lagi dah wish birthday aku
Macam x caye je aku dah 17. Rasa mcm still kanak2 Ribena 
yang x cukup umur.
Aku sngt bersyukur kerana masih diberi peluang utk bernafas dia atas muka bumi 
yg indah ni. Allah masih memberikan aku peluang utk meneruskan kehidupan di muka bumi yg penuh dngn cabaran 
n aku masih punya kwn yang baik.
Thanks to my friends yg wish utk aku...


Sabtu, 7 Januari 2012

My Pets.. -_-''

Hmmm saja je aku nk letak gambar pets aku dlm ni..


ni la rabbit aku, nama dia
Nana.
Sangat nakal n suka buat aku excercise nk kejar dia.
Dia suka buat ART kt selipar dlm rumah.
korang faham2 je la ek...



Ni pula Mak ngan Anaknya.
Nampak mcm twin kan??
Sebelah kiri tu nama dia Berry. Parents
aku panggil dia tomboy sbb perangainya mengalahkan kucing jantan. 
Tapi aku tetap sayangkan kucing2 aku ni.
Yang belah kanan pulak nama dia Cici.
Mak kepada si Berry ni.


Ni Chiko, yang paling muda n paling nakal.
Dia selalu buli kucing dua ekor yg kt atas tu. Tapi
kalau dngn Nana dia ok. 

Isnin, 2 Januari 2012

Sedih? Lonely? Entahla.

Benda ni sebenarnya since last year lagi. Entahla, maybe perasaan aku atau bende ni real. Tak dapat nak diluahkan dlm perkataan mahupun perbuatan. Kalau hati terasa kte boleh tunjuk ke? Entahla. Sebenarnya aku  rase kosong. Memang la aku ni bukan jenis yg cari kwn, tapi kwn cari aku. Tapi sekarang ni fikiran aku mungkin dh matured psl kawan2 ni. Aku da start rase mcm dah x de kawan nk bercakap. kalau aku boring aku buka twitter ataupun aku post blog. Memang kte x boleh paksa org berkawan dengan kte, but seriously aku lonely n memang rase kwn2 aku mcm menjauh je la. Wahai hati, kalau perkara ini hanya mainan perasaan diri, tolonglah hilang dari hati dan pemikiran aku ni. Tahun ni aku nk SPM, so dear aleen, please concentrate on your SPM coz it is more important than anything. There always Him by my side. Jadi aleen, tabahkan la hati dan berkorban demi SPM untuk tahun ni je.

Ahad, 1 Januari 2012

2012

Selamat datang tahun 2012, selamat tinggal tahun 2011. Semoga tahun baru kali ini memberi perkara yang terbaik dan terindah utk aku. 2011, I won't forget you coz u gave me a lot of experiences n teach me about life. And congratulations to my cousin, dah bertunang 25 December haritu. HAPPY BIRTHDAY TO MY MUM, semoga panjang umur dan murah rezeki serta sentiasa diberkati Allah Taala. Disebabkan harini birthday my mum, kte org adik beradik and my dad buat video wish happy birthday utk my mum semalam, nasib baik sempat siap n Chiko pon sibuk jugak masuk dlm video. Then tepat pukul 12.00 malam tadi, kte org tunjuk video tu kt dia. haha mcm ragam la kte org buat, tapi terbaikk. Mcm2 idea aku nk tulis dlm ni, tapi semua berterabur and all rolled into one. x tau nak tulis ape lagi. One more thing, today aku oficially dah jadi 2012 SPM candidate and InsyaAllah kalau ade rezeki aku nak ambil lesen kete. Excited gila mcm budak kecik tunggu nak dpt candy je aku ni.