berkaitan dengan kehidupan seharian yg penuh dengan pelbagai perkara sama ada masam, manis, pahit, payau dan sebagainya...
Khamis, 27 Disember 2012
Jadikan sebagai PENGALAMAN!
Assalamualaikum. Harini aku nak sambung lagi cerita. Korang dah baca title kat atas kan?? Korang terfikir tak maksud disebalik title tu? Hmmm...Ceritanya begini, pada suatu hari tu, aku kerja full time, partner promoter aku ambil cuti. Aku kerja macam biasa, nothing happen. Then ada satu customer nak beli seluar, like usual, kena buka bill segala bagai, and customer tu nak potong seluar. aku pun pergi lah ambil pita pengukur and measure la berapa panjang. aku mintakkan promoter lain tolong jahit sebab aku ni masih tak reti2 lagi nak menjahit. Dia minta aku potongkan dulu seluar tu then aku potong la. Tiba2 promoter yang nak tolong jahitkan seluar tu panggil aku. Dia tanya berapa panjang seluar tu, aku jawab la. HAH!!! Seluar tu pendek sangat bila aku potong, AMEKAW... Tak pasal2 aku kena ganti seluar customer tu. Nasib baik customer tu tak marah2 bila aku cakap aku salah ukur seluar dia. Nasib dia tenang je. Aku bagi stok seluar baru dekat dia, seluar yang salah potong tu aku kena bayarlah. Entah apa la dalam kotak pemikiran aku masa tu? Berangan kot sampai salah measure.. Harga seluar tu bukannya murah, nasib la aku boleh bayar pakai staff price, kalau tak... mau koyak beg duit aku ni. Esok tu aku masuk afternoon. Berdebar debar aku nak kena tahan telinga mendengar bebelan atau kena marah dengan partner promoter aku. Alhamdulillah, aku tak kena marah. Dia just nasihat aku supaya lebih berhati hati dan jadikan ini sebagai pengalaman dan pengajaran untuk aku. Aku fobia sekejap je hari tu, kalau ada customer nak potong seluar, aku mintak promoter lain yang tolong ukur untuk aku dan aku takkan potong seluar tu. Dua hari selepas kejadian tu aku akan measure at least dua kali untuk memastikan panjang yang aku ukur tu betul. And selalunya aku akan lebihkan satu inci kalau aku nak potong seluar tu. Aku selalu ingatkan diri aku, seluar tu kalau labuh tak pe kalau aku ukur, tapi jangan pendek. Sampai sekarang aku akan buat macam tu utk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi. Masa aku cakap kat mak aku yang aku salah potong seluar tu, mak aku geleng kepala. Nasiblah adik aku muat seluar tu walaupun ladies punya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan