Khamis, 27 Disember 2012

Jadikan sebagai PENGALAMAN!

  Assalamualaikum. Harini aku nak sambung lagi cerita. Korang dah baca title kat atas kan?? Korang terfikir tak maksud disebalik title tu? Hmmm...Ceritanya begini, pada suatu hari tu, aku kerja full time, partner promoter aku ambil cuti. Aku kerja macam biasa, nothing happen. Then ada satu customer nak beli seluar, like usual, kena buka bill segala bagai, and customer tu nak potong seluar. aku pun pergi lah ambil pita pengukur and measure la berapa panjang. aku mintakkan promoter lain tolong jahit sebab aku ni masih tak reti2 lagi nak menjahit. Dia minta aku potongkan dulu seluar tu then aku potong la. Tiba2 promoter yang nak tolong jahitkan seluar tu panggil aku. Dia tanya berapa panjang seluar tu, aku jawab la. HAH!!! Seluar tu pendek sangat bila aku potong, AMEKAW... Tak pasal2 aku kena ganti seluar customer tu. Nasib baik customer tu tak marah2 bila aku cakap aku salah ukur seluar dia. Nasib dia tenang je. Aku bagi stok seluar baru dekat dia, seluar yang salah potong tu aku kena bayarlah. Entah apa la dalam kotak pemikiran aku masa tu? Berangan kot sampai salah measure.. Harga seluar tu bukannya murah, nasib la aku boleh bayar pakai staff price, kalau tak... mau koyak beg duit aku ni. Esok tu aku masuk afternoon. Berdebar debar aku nak kena tahan telinga mendengar bebelan atau kena marah dengan partner promoter aku. Alhamdulillah, aku tak kena marah. Dia just nasihat aku supaya lebih berhati hati dan jadikan ini sebagai pengalaman dan pengajaran untuk aku. Aku fobia sekejap je hari tu, kalau ada customer nak potong seluar, aku mintak promoter lain yang tolong ukur untuk aku dan aku takkan potong seluar tu. Dua hari selepas kejadian tu aku akan measure at least dua kali untuk memastikan panjang yang aku ukur tu betul. And selalunya aku akan lebihkan satu inci kalau aku nak potong seluar tu. Aku selalu ingatkan diri aku, seluar tu kalau labuh tak pe kalau aku ukur, tapi jangan pendek. Sampai sekarang aku akan buat macam tu utk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi. Masa aku cakap kat mak aku yang aku salah potong seluar tu, mak aku geleng kepala. Nasiblah adik aku muat seluar tu walaupun ladies punya.

Selasa, 11 Disember 2012

Picnic Yang Tidak Di Jangka.. hahha

hehehe... aku post lagi beberapa perkara.
sebenranya, aku dah lama nak post benda ni, tapi USB cabel aku buat hallah. aku nak masukkan beberapa gambar kenangan aku dengan kawan2 aku sebelum peperiksaan SPM hari tu. Ceritanya macam ni, sebenarnya kita orang nak buat study group, tapi ini yang telah terjadi..
Sudi2 kan la diri anda untuk melihat gambar2 kami semua disini...












































sorry la, kualiti PIC tak berapa memuaskan disebabkan oleh faktor tertentu haahhaaa
tapi kita semua sentiasa enjoy and happy go lucky!!! 

Penat, tapi tak Penat... hmm

heeee, korang tengok tak tajuk post aku ni? pelik kan? Sekali lagi aku menggunakan Hazeequl's principal. Sebenarnya aku nak bercerita pasal kehidupan aku baru2 ni. Macam aku dah cerita, sekarang ni aku dah mula bekerja di Jeans Studio dekat AEON tu. Nak kata dekat, hmmm aku pergi kerja jalan kaki je lah. Kerja dekat situ nak kata penat, tak la juga. Kerja dia simple je, tapi time customer banyak, memang penat la kalau partner aku takde. Almaklumlah aku ni jenis yang blur sikit kan? So kena belajar slow2 walaupun dh cukup 10 hari aku bekerja. Customer ni bukannya always menempel dekat situ je, kalau sekali datang, macam segerombolan lanun pun ada haha, sekali datang ramai gila ohh.. Lepastu tiba2 senyap sunyi je. Pelik kan? Lumrah la kalau macam tu. Kerja memang best. Baru tahu macam mana sukarnya nak dapat duit tu.. So, the moral of the story is, kawan2 yang kat luar tu jangan la asyik nak merajuk kalau parents korang tak nak bagi duit belanja banyak2.. Korang tak tahu bertapa sukarnya atau susahnya nak dapat duit walaupun hanya seringgit. Cuba korang yang pergi kerja, mesti korang tahu apa yang parents korang rasa. Korang tengok kerja parents tu nampak senang, tapi cuba kalau korang dekat tempat parents korang? hmm aku pun tak tahu nak cakap apa. Dengan berkerja, kita boleh la dapat pengalaman, at hte same time boleh belajar untuk adapt situation, berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Ok lah, sampai sini je aku boleh bercerita, lain kali kita sambung lagi eh?? 

Ahad, 2 Disember 2012

ready to goooo hoooo oohhh

 hoohhhhh hahha.. Assalamualaikum. skrng ni baru eden rajin nk mengupdate blog ni ha.. Sekarang ni tinggal lagi 1 paper nak dijawab, lepastu totally free.. At the same time, sekarang ni orang tengah kerja part time kat   Jeans studio, penat memang la penat, sekadar lenguh kaki je, yg lain ok and kerja dekat situ agak relax la.. 1st day masuk, huuuissh, kena hafal kedudukan jeans tu kt mane, kalau tak.., memang jenuh la nak mencari jeans tu kalau customer nak. Lagi satu, orang memang kerja kat satu brand jeans je, tapi brand jeans tu ada banyak jenis dengan denim nya lain2 tu yg kena hafal, nanti terpinga2 pulak nak terangkan kat customer beza jenis jeans tu. hhmmm nasib baik ada pekerja lain yg baik hati nk membantu bila orang tengah BLUR.. hahhaaa. Harini orang kena masuk lambat sikit, tu yang dok relax lagi ni. Ade satu pekerja ni, cara dia bercakap sebijik mcm Najib, kawan orang. Bila tengok dia, automatic teringat kt Najib sbb memang sebijik gila lah. Kiranya bila kerja ni worth juga la sebab dapat menghilangkan perasaan boring lepas SPM ni. At the same time dapat jugak lah simpan duit nak p ambil lesen nanti. By the way, orang terpilih masuk PLKN tau!! Bangga ni, sbb memang nak masuk sangat. Banyak faedahnya sbb PLKN ni kira markah KOKO bonus untuk masuk U nanti.

p/s: orang sebenarnya nak update pasal PICNIC TAK DIJANGKA DENGAN KAWAN2, tapi entah kenapa USB phone dngn komputer buat hal. File tak boleh bukak dekat komputer ni.. Tapi jangan risau, akan eden usahakan jugak nanti.. ADIOS!!!