Isnin, 11 Februari 2013

WIRAWATI MALAYA.... (Bangga tu!!)

hahha... Assalamualaikum semua! long time no see ain't it? Sungguh berhabuk belog kesayangan aku ni. Ececeh... Mesti korang pelik pasal tajuk aku. hmm Sekarang ni aku tengah cuti semester PLKN wokk! Bangga tu dapat jadi part of wirawati PLKN.. berkhidmat untuk negara Malaysia! Sebelum aku menyambung alkisah aku di PLKN, mohon anda semua tengok PIC budak handsome kat bawah ni dulu...................... 


Tak boleh blah kan muka aku masa ni?
Siap dengan cawan kat tangan lagi tuh. hahaha


  HARI PERTAMA, KEDUA, KETIGA DAN KEEMPAT......
       
      Rutin harian aku sama je sepanjang empat hari, iaitu makan tidur makan tidur dan makan tidur..
Itulah, pasal nak tunggu budak dari negeri lain lagi nak daftar masuk PLKN ni. Sepanjang 4 hari tu aku rasa sangat la boring tahap kerak bumi pon ada. 


      aku sebenarnya tak tahu nak start cerita aku ni dari mana. Blur, ya sungguh blur, bak kata cikgu kat PLKN ni LOADING gitu.


      Hidup kat PLKN ni sangat la best, aku pon tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku ni pelik, macam kawan aku cakap, aku ni spesies alien kot? Aku rasa, aku sorang je yang rela nak masuk PLKN tu sbb kebanyakan budak lain masuk sebab terpaksa. 


     Korang semua tengok kan baju yang aku pakai. Itu namanya full loreng. Aku kena pakai baju tu masa minggu pertama aku duty. Lupa aku nak cakap, aku dengan adik aku masuk kompeni yang sama iaitu kompeni Delta. Ckg2 kat sini selalu cakap yg Delta ni legend kat PLKN Sri Perkasa ni. Selalu je compete dengan kompeni Bravo. Yang tu kita ketepikan dahulu.



     Sungguh aku tengah loading sekarang ni, tak tahu nak start dari mana? huhuhu sob3 anyone can help me?


     ok, apa kata aku memperkenalkan kawan2 aku kat korang dulu. hmmm I think it's better like this

 yang ni, Dini dengan Teha. budak 2 orang ni memang mcm jigsaw la aku cakap




 ni pulak fana, kind of gila2 sikit.


 haaa yang ni Liew dengan Wong. Budak chinese yang aku kenal dahulu dan sebenarnya
ramai lagi, tapi aku tak de pula PIC diorang.


haaaa memperkanalkan saudara wa'i, ustazah rock yang gila2.
dia ni memang aku cakap hyper tahap gila tak kira waktu. agak2 sampai light off pon dia 
dok hyper lagi dalam dorm tu.


rutin harian aku bangun pukul 5 pagi, mandi dan sewaktu dengannya, setiap hari pukul 5.30 akan berkumandanglah announcement "bangun3, bangunlah sebelum anda dibangunkan". lama2 aku dah lali dngn benda alah tu. Lepas je subuh, tepat jam 6.30 pagi, kita org dh kena beratur kat padang kawad. Nyanyi lagu negaraku, khidmat negara dngn lagu IM4U pepagi, macam x de kerja je.


Btw, aku dapat masuk kawad kaki kt PLKN. Naik cuti ni aku akan busy latihan kawad, budak lain buat riadah petang, kita orang pula kena kawad. Ditambah lagi dengan physical training nanti, memang masak lah. Muka aku yg gebu ni pon dh berbelang macm ikan nemo je. 


Wawa, nama pengawas tandas memang still lekat lagi kat aku. Aku bawa sampai ke PLKN weh, bangga tak cik WAWA oi? Almaklumlah, aku jadi AJK toilet. Every morning before pergi kelas je aku akan check la toilet tu. Kalau bersepah alamatnya aku membebel la. Dah jadi macam mak2 pulak dok sini. huhuhu... Aku jumpa ramai budak yang birthday sama dengan aku kat sini. Ramai kawan kat sini, namun ada jugalah hamba Allah yang aku tidak tahu asal usulnya yang suka sangat cari pasal dengan aku. Aku pon tak tahu la apa masalah dia. Sikit2 suka cari pasal dengan aku. ohhyaa lupa nak cakap, hamba Allah tu lelaki, dalam kelas je suka cari pasal dengan aku. maybe tekanan perasaan ataupun kurang kasih sayang kot? Entah la. Sungguh aku tidak tahu. 

Dekat PLKN ni macam2 ragam manusia yang aku jumpa, macam inilah, macam itulah, pokoknya semuanya ada la. Dekat PLKN ni aku belajar macam2 benda, jadi seorang muslim bersyukur, redha, kuat semangat dan sebagainya lah. kalau aku nak bercerita memang panjang lebar la alamatnya. 


       Untuk terus hidup dalam PLKN mahupun diluar PLKN, kita kena sentiasa bersangka baik, baik sesama manusia mahupun ALLAH S.W.T. Kalau terdetik dalam hati kita satu pemikiran yang tak elok, baik usir cepat2 sebelum melarat. Tu main point yang aku belajar. Dekat sini aku belajar macam mana nak berhadapan dengan kehidupan, aku belajar macam mana nak mengatasi kekurangan diri aku, contohnya masa malam Pengahayatan Sastera dan Budaya. Aku kena bersajak depan orang ramai atas pentas, aku dah la fobia diri sorang2 atas pentas tu. Kalau korang nak tahu, tangan aku menggigil dan sejuk macam baru keluar fridge je tahu tak?


        Dah la aku lupa sajak yang aku nak baca, tangan menggigil lagi atas pentas tu, suara macam tak nak keluar je. Tapi sebab aku nak cabar diri aku, aku baca je sajak tu. Semua kawan2 bagi semangat, dia orang tak ejek pon waktu aku macam stuck nak baca sajak, tu lah pengajarannya. Kita tak boleh anggap kita bagus, setiap orang ada kelemahan sendiri. Cuba kalau budak2 ejek aku, mahu aku tak menggeletar satu badan dan cuba kalau dia orang pula kat tempat aku masa tu? Apa perasaan dia orang?  


      Kalau diikutkan, macam2 benda lagi aku nak tulis malam ni. Tapi banyak sangat sampai aku pon tak larat nak tulis. Mungkin, kalau aku ada masa, aku akan update lagi post2 pasal kehidupan aku kat PLKN ni. Macam2 perasaan aku rasa masa dekat PLKN. Ianya dipanggil GERAMJI. Nanti aku akan berceria lebih lanjut lagi. Bye2 adios. Wan An!