Jumaat, 30 November 2012

Ya Allah,.... dah lama betul

Assalamualaikum semua, hmmm dh lama kan aku tak update blog ni? Sangat lah lama sampai baru lepas SPM nk update... Alhamdulillah aku dah berjaya mengharungi 9 papers yg mencabar dlm peperiksaan. Hanya tinggal lagi 1 paper dan SPM aku akan berakhir.. Setakat ni sahaja yg aku boleh update, insyaAllah akan ada lagi benda baru yang aku akan update... ;)

Rabu, 21 Mac 2012

Hari Ini..

everything rolled into one.. 
hahha... dah lama sangat aku tak update blog ni.. time ade je idea nak menaip, masalah lain pula timbul.
al maklumlah, laptop aku ni bukan yang canggih manggih mcm laptop apple tu. 
asal hidup segan mati tak nak. "eh, betul ke peribahasa ni?" 
tibai je lah.. 
untuk pengetahuan kalian semua last two weeks, aku menghadapi minggu peperiksaan. 
hmm ade paper yg boleh jawab, ade yang kureang sikit.
naik je cuti sekolah, like usual we will get our result right?
haaaahhh tidak!! aku failed satu subjek. masa tu jugak kena marah dngn ckg. mak ai, kecewanya.
yg lain, ok lah. masih menunggu satu result je lagi.
minta2 dapat markah yang terbaik. ape pon aku bersyukur dengan result aku walaupon ade result yg a bit mengecewakan. 
itu cite semalam. 
point aku hari ni sebenarnya nak cite pasal banda lain. 
ok, start dari semalam lagi kita org dah practice pasal forum utk competition hari ni. nasib baik surat postpone sempat sampai, katanya competition tu ditunda ke esok hari sebab hari ni result SPM keluar.
time rehat lepas practice tadi, aku dengan wawa saja la pergi dewan tengok senior2 kami ambil results mereka. 
debarannya terasa mcm kami yang nak p ambil result SPM tu. 
woaa agak camburu juga la tengok senior2 yang dapat straight A's tu.
jadi, the moral of the story is, (petikan kata kata pn.geraldine)
i have to workhard from now on.
i have to escape from my crazy daily routine...
yesss insyaAllah i can do it!

Ahad, 12 Februari 2012

Emosi ke ape??


Alahai.. minggu ni tersangatlah stress dngn segala bagainya baik homework n other stuff lah...



ditambah lagi dngn permasalahan lain.. pokoknya semua dah bercampur baur..
kesabaran yg aku kumpul dari tahun lepas akhirnya meletup juga.
kiranya aura marah ni dah terasa bahangnya.
sabar mcm mana pon ada la hadnya juga..
ades.. aku harap semua ini akan berakhir ASAP!!!!!
as soon as possible la bukan asap kereta ke bus ke hehek

Sabtu, 4 Februari 2012

Teringat zaman dulu dulu

Bila aku dah naik form 5, mula la ingat cite dulu2. Susah, senang, bergaduh, gelak ketawa dengan kawan2. Sekarang ni cerita2 tu semua hanya jadi memori untuk aku. Biar pahit ke, payau ke, manis ke? Semua tu akan jadi pengalaman. Ingat lagi first time masuk form 1, punya la takut ngan pengawas senior.. whoaaa childish kan??
Then tetiba aku boleh sesat pulak masuk REJIMEN latihan utk pengawas baru.... Masa tu la aku dapat jumpa wawa. Mula2 tngk dia aku terfikir "ish budak ni kerek gila siot,, tengok aku lain mcm je" bila dah jadi kawan, semua benda negatif boleh hilang kan?? Start dari situ la aku dapat kawan2 baru... aku kenal Liyana, Iki, Mira n sewaktu dngnnya lah.. 
Ada satu hari tu, masa aku form 2, bila aku n kawan2 dah officially jadi prefect. Adalah kwn sorang ni, dia bwk PSP, then aku, Liyana n wawa apa lagi, bukannya rampas PSP tu, tapi boleh pulak kte orang p main game bowling dalam tu. Dok tengah syok2 main, kami bertiga serentak angkat kepala dan terus melihat ke tingkap. 
Mahunya x meletup jantung bila tengok ketua pengawas bersama penolongnnya sedang MEMERHATIKAN kami bertiga sedang bermain PSP. nasib baik markah kami bertiga tidak ditolak.. aigooo bila ingat balik time tu, rasa kelakar pon ada.
Sekarang ni kita orang dah x boleh nk jadi nakal2. kena study nak SPM. 
Aku harap kita orang semua boleh dapat yg terbaik dlm setiap perkara yang kita nak.

Sabtu, 28 Januari 2012

Sama Tapi Tak Serupa

hehek. korang tengok dulu pic kt bawah ni...


kenal x sape ni???
x kan x kenal kot..
nilah dia actor Jisung yg berlakon dlm 
Protect the Boss tu..

korang tengok dia ni handsome kan..

cerita yg sebenarnya bermula begini.
hari tu, aku ada lah pergi tournament utk badminton.. ceehh wakil sekolah 
kononnya.
before turn aku nk lawan, aku ada tngk sorang budak 
lelaki ni tngh berlawan. 
TERKEZUUTTT
aku. 
muka dia SEBIJIK mcm jisung.
cuma dia pendek sikit n gelap sikit lah. muka memang persis.
gerenti kalau korang tengok budak tu korang akan terkejut juga.
tu je lah yang aku nk cite kat korang minggu ni. InsyaAllah kalau 
ade idea aku sambung lagi ok.. 
adios amigos

p/s: time CNY hari tu aku g raya umah atuk sedara aku. almaklumlah aku ni keturunan 1 malaysia. campur melayu cina india. best la hari tu. x lupa AngPau pon aku dpt gak hehehe.

Isnin, 23 Januari 2012

Manusia Yang Banyak ragamnya.

ok fine. kita jumpa lagi kt blog ni.. pergh, memang betul la seminggu sekali je aku update blog ni. nak dijadikan ceritanya, hari sabtu lepas, aku pergi midvalley. padahal bru je aku g lepak kt JJ ngan wawa hari jumaat tu. memang dikatakan aku ni nk jadi gila la. okeh, back to story tadi. aku n mak aku naik KTM nak g midvalley. then, masa dlm tren tu la bermacam macam ragam manusia yg aku tengok. dari segi berpakaian sampailah dari segi pertuturan. aku ni kalau bab observe memang terlebih sikit haha. semua org tau kan KTM skarang ade coc utk wanita kan? jadi adelah beberapa kaum adam ni yg dah tau tersesat masuk kt tmpt pompuan x reti nk kluar g coc lain. dahtu siap bleh duduk lagi buat muka x bersalah n padahal bnyk lagi pompuan lain berdiri nk duduk. at least bangun la berdiri kasi kaum hawa yang duduk betul x??? then tibalah di satu perhentian yg aku x ingt namanya. adalah satu perempuan ni, aku x nk ckp dia bangsa apa ok. badan dia dah la terlebih SIHAT, pastu buat selamber dek dia masuk dengan pakai baju ketat n sendat, dengan sluar pendek yg bawah pusat. korang boleh bayangkan x mcm mana rupanya? x kesah la kalau bukan islam pon, tapi cara berpakaian tu pon kena la jaga juga. kte kt tempat awam pon kena la jaga adab berpakaian tu. biar sedap mata org memandang, bukan menyakitkan mata org2 awam. aku rasa, sampai sini je lah ug aku nk cite kat korang semua. By the way, time aku g JJ hari tu aku ada jumpa Aina. rindu dekat dia sbb dah lama x jumpa. aku harap kte boleh jadi kawan sampai bila2 eh.. 

Sabtu, 14 Januari 2012

14 Jan 2012

ok.. korang mesti dh tngk title kt atas kan3?... 


Hari ni birthday tuan 
punya blog huhu..


cewahhh bajet je kan budak dlm gambar ni??


Harini sudah genap la umur aku 17 thn.
Entah tatau nk ckp apa.. Yang penting aku rasa gembira .
Terima kasih to my parents pagi2 lagi dah wish birthday aku
Macam x caye je aku dah 17. Rasa mcm still kanak2 Ribena 
yang x cukup umur.
Aku sngt bersyukur kerana masih diberi peluang utk bernafas dia atas muka bumi 
yg indah ni. Allah masih memberikan aku peluang utk meneruskan kehidupan di muka bumi yg penuh dngn cabaran 
n aku masih punya kwn yang baik.
Thanks to my friends yg wish utk aku...