Ahad, 20 Mac 2011

tidak terluah apa nak dikata...

wooohhoooo
malam2 eh eh eh salah pulak.. pagi2 la... hmm pagi2 ni rajin pulak aku nak buat blog ye tak??
alang2 idea tngh ada ni.. tulis je la kan.,.
sebenarnya aku adala bukak fb then tngk la link cousin aku bagi... mana x gila.. agak kelakar la 
tngk boy band korea punya battle dance.. first punya la gempak masa dok atas pentas.. rupa2 nya battle dance kene dance pakai lagu group perempuan.. kelakar agak2 sampai aku nak terguling- guling tadi.. hehe
aku tengok SHInee,SUJU,Mblaq n 2p.m... 2a.m pon ade jugak la.. bayangkan lelaki kene dance stail perempuan.. hmm korang boleh bayangkan x? best 2 adala jugak.. menghiburkan dan plus kelakar.. aku x tau nak ckp apa.. 
plus... Isnin ni skola la.. aduhhh rase mls je nk bangun pagi2.. 
homework aku buat yang penting dulu je.. yg lain rase malas pulak nak buat.. 
punya la plan baik punya apa nak buat time cuti. lain yang jadi.. alahai mak cik oiii..
kenapa la aku ni x boleh ikut jadual yang aku buat sendiri ni???? 

Ahad, 13 Mac 2011

I'm Back!!!!!

ahhaaaa sekarang ni baru ada peluang nk tulis blog.. kekeke
padahal malas sebenarnya.. gilakan???? dari cuti CNY sampai cuti ni pulak baru aku nak update blog..
bnyk benda aku nak cerita sebenarnya ni...
hmm tahun ni aku dah jadi GILA sekejap.. since masuk f4 ni jadual harian dah makin padat dengan segala bagai aktiviti yang nak dibuat.. nak2 lagi homework yg diberi oleh guru2 terchenta aku.. bnyk.. nasib baik cuti kalini keje x la bnyk.. tinggal nk buat PEKA Bio, folio PJK, pembetulan Add Math, apa lagi ek???
aku pon dah x ingat.. good news!!! ayah aku dah boleh jalan semula.. cuma x boleh diri lama2 sngt la praise to Allah... Alhamdulillah... maybe another 1 month baru ayah aku boleh balik rumah coz he need to do one more operation. 
berbalik kepada topik school tadi.. tahun ni... subjek yang paling aku suka sngt2 ialah addmath berbanding matematik.. aku pon tak tahu kenapa but I fall in love with addmath even this subject make me crazy haha
kedua ialah Bio.... 
seterusnya bnyk dugaan aku tahun ni.. dah la penat gila tiap2 hari balik sekolah kene masak untuk adik2 aku.. lepastu nak siapkan homework yg bertimbun tu.. plus dengan penyakit sakit kepala aku ni.. sampai kadang2 kat sekolah aku rasa mcm nak pitam. Nasib baik aku masih boleh bertahan lagi.. kuatkan aku ni..  then haritu 2 or 3 days before exam aku demam... balik sekolah terus tido sampai ke petang.. dengan uniform sekolah aku tido mcm 2 je.. dah x larat nak tukar baju.. padan muka adik aku... sbb aku demam aku x masak dan berlaparlah mereka berdua pada hari itu.. nasib baik pak cik aku dtng ambil aku bwk pergi klinik.. then doktor ckp aku kurang air n glucose.. 
hmm minggu seterusnya ialah minggu exam.. aku pon pergi la pinjam buku rujukan kak Mira coz nanti aku berebut buku rujukan dngn Alie.. Alie ni adik aku, kita orang lahir tahun sama tapi bulan lain2. aku awal tahun Alie pulak akhir tahun.. kami dikatakan kembar tahun dan muka kami x sama langsung.. 
aku pon tawakal je la jawab exam kalini.. besela, format exam dh x sama mcm f3 dulu.. jadikan exam kalini pengajaran dan aku mesti buat betul2 masa midyear exam nanti...
bermula masa exam la kepala aku ni kerap sangat sakit sampai x leh concentrate nak jawab exam.. 
first aku ingat sebab eyesight aku sakit kepala.. tapi time pakai spek pon kepala aku still sakit mcm ada bom masa dlm kepala otak aku ni.. 
aku mengadu la kt ayah aku.. dh la panadol sebijik pon dah takde kat rumah.. 
then ayah aku ckp kt pak cik aku mintak tlng buat appointment utk aku dan adik aku.. masalah adik aku 2 lutut dia.. maybe tisu otot dia dah terkoyak that's why dia sakit lutut.. 
utk aku pulak nanti kene buat CT scan... scan kepala aku ni.. ha.. x tau lagi bila dpt appointment 2..
seriously tahun ni aku rasa sngt lonely dlm kelas.. takde kawan nk buat gaduh.. Halmeoni duduk kat kelas lain.. hmmm
semalam kat hospital aku jumpa Halmeoni dengan family dia.. diaorang pergi lawat sedara ayah dia.. 
then family dia pon dtng la lawat ayah aku sekali.. 
cuti kalini aku dah buat mcm2 plan.. yg penting urusan sekolah kena didahulukan la.. 
aku rasa sampai sini je kot aku rajin nak tulis.. 
bye2 semua... hehe

Sabtu, 29 Januari 2011

SedAp!!!!.. -_-,,,

haaaa.... harini auntie aku masak nasi beriyani.. so dia jemput kita orang dekat rumah pergi rumah dia..
bagai pucuk dicita ulam mendatang pula.. aku memang dah lapar gila.. memang sedap nasi 2..
yang x bestnya tadi aku lupa nak bwk baju masuk dalam rumah.. adushh..!! tiba2 hujan pon turun habis basah la kain baju yang aku jemur 2.. geramnya.. mcm mana boleh lupa pula...
hmmm..
semalam kan aku keluar pergi JJ dengan mak aku.. adik aku ikut sekali la kita orang jln kaki.. mak aku dtng dari hospital kita orang jumpa dekat JJ.. first kitaorang pergila beli barang dapur.. suddenly aku nampak la sushi yang paket besar 2.. ingat nak beli tapi kesian pulak kat mak aku..
tiba2 malam 2 auntie aku hantar ubat selsema yang aku mintak coz aku nikan mudah selsema.. then dia bagi aku sushi.. biarla paket kecik pon yang penting isi dia sushi.. emmm gila hepi aku.. memang nasib baik masa 2.. alang2 dah mengidam nak makan sushi akhirnya tercapai juga hasrat aku..

Jumaat, 28 Januari 2011

Kegembiraan dalam kesedihan..

hai semua.. hmm harini aku sedih la.. kawan2 yg nak pindah g SBP harini hari terakhir aku jumpa diaorang.. 
tapi aku happy diaorang membuat pilihan yang terbaik pergi ke SBP.. I'll miss u all guys, Fatih, Bella, Kucai, Murni, Zai, Alif n last but list Aina.. takde sapa2 yang boleh gantikan tempat korang semua.. sape nak buat lawak dalam kelas nanti? sapa yang nak kongsi cerita n selalu bagi semangat dekat aku nanti? siapa yang nak sakat kita orang nanti.. walaupun kita sama2 belajar dalam kelas yang sama yang tak sampai sebulan pon.. banyak benda yang kita semua dah buat.. kawan2 yang lain pon akan rindukan korang juga.. aku ucapkan selamat berjaya dekat tempat baru. suasana baru nanti.. jangan lupakan kita orang yang ada dekat sini.. cup cake aina dah menyatukan kelas 4A1 dengan 4A2.. thanks aina.. sedap cup cake kau wey.. aku akan ingat kata2 kau.. just ignore what people say about u.. terima kasih sebab dah jadi kawan aku selama kita kenal.. aku takkan lupa kenangan kita semua bersama sama...

Khamis, 27 Januari 2011

Geli Hati...

hmmmm sebenarnya there's something i want to tell u all..
someone confess kt kawan aku yg dia suka kt kawan aku.. 
hmm apa lagi.. kawan aku pon terkezuttt la.. dh tatau apa nak buat 
sibuk dah dia tanya pendapat aku apa nak buat.. aku pon bagi la pendapat sebagai kawan...
fikir2 la sendiri.. dan!!!! aku suggest satu lagu yang amat sesuai dengan situasi mereka nie.. nak tahu lagu apa??
HELLO HELLO.. by SHInee. memang sesuai dengan situasi mereka.. aku harap2 kawan aku boleh buat pilihan yang terbaik untuk diri dia.. 
sports day dah hampir dekat ni.. ckg2 kat sekolah pon dah sibuk.. aku pula bengang gila dengan bdak f4 ni..
duit rumah sukan aku dah ckp bwk hari Isnin. boleh pulak diaorang buat tak tahu.. ha padan muka.. semua list nama yang dh bayar aku dah bagi dekat ckg.. sape yang nak bayar kene cari ckg coz aku dah x pegang lagi list nama... kerja sekolah x payah cakap.. banyak juga la.. tapi yang paling terkejut ialah first time ckg x bagi kerja BM... wa... budak2 kelas aku pon terkejut... hmmm.. 
one more thing.. Aina dah nak pindah.. lonely la aku nanti dalam kelas.. takde kawan nak ckp2..
ok la.. sampai sini je aku nak bercerita hari ini.. InsyaAllah esok aku sambung lagi...
bye..





Isnin, 24 Januari 2011

Alhamdulillah....

yay!!! mesin basuh dah elok... Alhamdulillah.. wayar dlm mesin 2 dah putus coz cik tikus gigit....
nasib baik Uncle datang check n tlng baiki mesin... berakhir la penderitaan aku nk kene basuh baju yang melambung tu...
sebenarnya aku geram ni... adala budak nie.. nk kutuk2 aku pula. aku tak kacau pon dia.. aku tahu la aku ni kan gemuk.. tapi kenapa orang selalu pandang fizikal dan kecantikan seseorang tapi tak pandang hati orang tu??? agak2 la.. if aku tak dengar tak pe la.. ni terang terangan kutuk aku.. dia ingat aku tak terasa ke??? aish.. budak zaman sekrang ni ingat diaorang semua tu bagus sangat ke sampai nak merendahkan oran lain.. moga2 hatini esok dah sejuk,,. malas nak fikir hal ni lagi.. mungkin hati ini mudah memaafkan seseorang, tapi susah nak melupakan perbuatan seseorang itu kepada kita.. aku memang yang jenis macam tu..

Rabu, 19 Januari 2011

Esok cutiiii.....

yay! esok cuti. plan pertama aku ialah pergi Hospital.. hehe mcm biasala pergi melawat ayah kat hospital
nak cerita ni... aku tak dapat tawaran pergi SBP... tak apa la.. tapi aku dah hantar surat rayuan untuk second intake akhir bulan Feb harap2 dpt la ye.. doa doakan la aku... sekarang ni kan perempuan bnyak saingan agak susah nk masuk SBP. tapi ramai kawan aku yg perempuan dapat pergi SBP.. hmm.. aku ucapkan tahniah kepada dia orang semua.., macam biasa.. homework dah tinggi mcm gunung Everest dh.. penat la juga nk buat.. nak nak lagi kerja Bio, Chemis n Physics.. sekarang ni aku makin jatuh Chenta dengan Add Math. aku pon tatau kenapa... maybe sebab aku suka dngn nombor2 ni.. sekarang ni tiap2 malam aku basuh baju pakai mesin baik punya!! aku la mesin basuh 2. cara manual.. mcm zaman dulu2 pulak.. mesin basuh dah gila.. 2 yang aku basuh pakai tangan.. -_-,,, adik2 aku nikan, pakai baju mcm 3 hari punya baju.. punya la banyak baju dia orang sampai aku penat nk basuh aiyooo.. haha aku happy coz sekarang ayah aku dah makin pulih.. sekarang tengah buat fisioterapi je,, InsyaAllah dalam masa terdekat ayah aku dh boleh balik rumah.. ayah aku dah rindu sangat dengan Tiger dia tu. siap suruh aku ambil gambar kucing2 aku lagi suruh hanta kat mak aku.. dia nak tengok sangat... korang layan la eh lagu yang aku letak kat blog ni.. kalau bosan pause je la.. haha 
memang aku minat la juga lagu korea.. tapi tak la fanatik sangat mcm budak perempuan kat sekolah.. siap sanggup beli majalah artis korea coz nak simpan poster artis2 korea.. aku just minat lagu2 dia orang. yang aku rasa sedap dengar aku download la.. kelas aku sekarang makin bising.. kekadang aku pon tak tahan la dengan perangai dia orang. bising sangat mcm pasar pagi.. korang boleh tahan ke kalau belajar dalam keadaan yang sangat bising.. kepala aku mcm nk meletup je!! hehe yang penting tahun ni azam aku ialah fokus dan belajar bersungguh- sungguh.. capai kejayaan.. banggakan mak ayah.. biar dapat cita2 aku nak jadi pilot or aircraft engineering.. haha banyak pula aku cerita hari ni..
haja haja hwaiting!!! berusaha!! gambate!!!