Rabu, 21 Mei 2014

Fuhhh Lama x update belog ni hahah

Assalamualaikum.... hola comosta? hahah dh lama belog ni dh x di update oleh tuan badan ni.. almaklumlah.. pemalas tahap core bumi. hehe.. okay sekarang ni aku briefly explain la apa yang aku dok buat sekarang ni. sekarang ni aku dah tamat sem2 di UITM Penang.. sem depan which is sem 3 nanti semua budak engineering di campak A.K.A di transfer ke UITM Pasir Gudang.. jauh nau dari utara ke selatan kita. kesian kami ni... -_-"" Alhamdulillah tinggal lagi setahun setengah je pengajian diploma. InsyaAllah kalau ade rezeki sambung degree terus. Duduk cuti sem ni kerjanya menggemukkan badan yang dah sedia gomuk ni ha. Bertuah punya budak kan??? Sepanjang aku x update belog ni banyak benda jadi. macam2 la cite dia, Kalau nak cerita memang x menang tangan la aku nak menaip setiap satu hikayat merong mahawangsa yang maha panjangnya. Jangan suruh aku singkatkan, sungguh aku x gheti.. haha Tapi sekarang ni ok la.. mengharungi cuti yang membosankan ni. Tak sabar nak membzkan diri sem depan. Rasa rindu pula dok betapa buat kerja sampai tengah malam, dok siapkan assignmentlah, lab report lah, tuto lah, study test ngan kuiznya lagi... uuuu bnyk nau kerjanya. Tapi kalau fikir balik, benda tu mcm x de pape.. heee.. sekarang ni dekat2 nak buka sem mula la budak2 Uitm dok godek laman web nak susun jadual segala bagai nak daftar course lagi. uuu memang berperang habis. Disini saya ingin menyatakan saya akan sambung cerita kita lain kali ye. Perasaan malas menyerbu duri untuk terus menaip hikyat2 ni. (x de idea sebenarnya hehe) papai.. adios amigos

Sabtu, 6 Julai 2013

Just to say hi....

aku tahu dh lama gila kan aku x update belog kesayangan aku ni sampaikan ade orang rindu sangat dengan aku.. cewahhh dengan penuh perasannya aku taip. hoho.. Actually aku sekarang ni dah sambung study doket  
uitm Pulau Pinang, jauh kan. Sangat jauh dari rumah aku. Memang aku rasa homesick sangat dan nak sangat2............ baik rumah. rindu keluarga n sibulus aku, oreo n vanilla. Duduk sini, ado banyak cabarannya. BUT! insyaAllah aku akan tempuh dengan hati yang tenang. Banyak benda yang aku nak ceritakan sebenarnya. Tapi lain kalilah ye. Idea tu ade, cuma x tahu mcm mana nak sampaikan je. InsyaAllah aku akan sambung balik ceritaku ini

Isnin, 11 Februari 2013

WIRAWATI MALAYA.... (Bangga tu!!)

hahha... Assalamualaikum semua! long time no see ain't it? Sungguh berhabuk belog kesayangan aku ni. Ececeh... Mesti korang pelik pasal tajuk aku. hmm Sekarang ni aku tengah cuti semester PLKN wokk! Bangga tu dapat jadi part of wirawati PLKN.. berkhidmat untuk negara Malaysia! Sebelum aku menyambung alkisah aku di PLKN, mohon anda semua tengok PIC budak handsome kat bawah ni dulu...................... 


Tak boleh blah kan muka aku masa ni?
Siap dengan cawan kat tangan lagi tuh. hahaha


  HARI PERTAMA, KEDUA, KETIGA DAN KEEMPAT......
       
      Rutin harian aku sama je sepanjang empat hari, iaitu makan tidur makan tidur dan makan tidur..
Itulah, pasal nak tunggu budak dari negeri lain lagi nak daftar masuk PLKN ni. Sepanjang 4 hari tu aku rasa sangat la boring tahap kerak bumi pon ada. 


      aku sebenarnya tak tahu nak start cerita aku ni dari mana. Blur, ya sungguh blur, bak kata cikgu kat PLKN ni LOADING gitu.


      Hidup kat PLKN ni sangat la best, aku pon tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku ni pelik, macam kawan aku cakap, aku ni spesies alien kot? Aku rasa, aku sorang je yang rela nak masuk PLKN tu sbb kebanyakan budak lain masuk sebab terpaksa. 


     Korang semua tengok kan baju yang aku pakai. Itu namanya full loreng. Aku kena pakai baju tu masa minggu pertama aku duty. Lupa aku nak cakap, aku dengan adik aku masuk kompeni yang sama iaitu kompeni Delta. Ckg2 kat sini selalu cakap yg Delta ni legend kat PLKN Sri Perkasa ni. Selalu je compete dengan kompeni Bravo. Yang tu kita ketepikan dahulu.



     Sungguh aku tengah loading sekarang ni, tak tahu nak start dari mana? huhuhu sob3 anyone can help me?


     ok, apa kata aku memperkenalkan kawan2 aku kat korang dulu. hmmm I think it's better like this

 yang ni, Dini dengan Teha. budak 2 orang ni memang mcm jigsaw la aku cakap




 ni pulak fana, kind of gila2 sikit.


 haaa yang ni Liew dengan Wong. Budak chinese yang aku kenal dahulu dan sebenarnya
ramai lagi, tapi aku tak de pula PIC diorang.


haaaa memperkanalkan saudara wa'i, ustazah rock yang gila2.
dia ni memang aku cakap hyper tahap gila tak kira waktu. agak2 sampai light off pon dia 
dok hyper lagi dalam dorm tu.


rutin harian aku bangun pukul 5 pagi, mandi dan sewaktu dengannya, setiap hari pukul 5.30 akan berkumandanglah announcement "bangun3, bangunlah sebelum anda dibangunkan". lama2 aku dah lali dngn benda alah tu. Lepas je subuh, tepat jam 6.30 pagi, kita org dh kena beratur kat padang kawad. Nyanyi lagu negaraku, khidmat negara dngn lagu IM4U pepagi, macam x de kerja je.


Btw, aku dapat masuk kawad kaki kt PLKN. Naik cuti ni aku akan busy latihan kawad, budak lain buat riadah petang, kita orang pula kena kawad. Ditambah lagi dengan physical training nanti, memang masak lah. Muka aku yg gebu ni pon dh berbelang macm ikan nemo je. 


Wawa, nama pengawas tandas memang still lekat lagi kat aku. Aku bawa sampai ke PLKN weh, bangga tak cik WAWA oi? Almaklumlah, aku jadi AJK toilet. Every morning before pergi kelas je aku akan check la toilet tu. Kalau bersepah alamatnya aku membebel la. Dah jadi macam mak2 pulak dok sini. huhuhu... Aku jumpa ramai budak yang birthday sama dengan aku kat sini. Ramai kawan kat sini, namun ada jugalah hamba Allah yang aku tidak tahu asal usulnya yang suka sangat cari pasal dengan aku. Aku pon tak tahu la apa masalah dia. Sikit2 suka cari pasal dengan aku. ohhyaa lupa nak cakap, hamba Allah tu lelaki, dalam kelas je suka cari pasal dengan aku. maybe tekanan perasaan ataupun kurang kasih sayang kot? Entah la. Sungguh aku tidak tahu. 

Dekat PLKN ni macam2 ragam manusia yang aku jumpa, macam inilah, macam itulah, pokoknya semuanya ada la. Dekat PLKN ni aku belajar macam2 benda, jadi seorang muslim bersyukur, redha, kuat semangat dan sebagainya lah. kalau aku nak bercerita memang panjang lebar la alamatnya. 


       Untuk terus hidup dalam PLKN mahupun diluar PLKN, kita kena sentiasa bersangka baik, baik sesama manusia mahupun ALLAH S.W.T. Kalau terdetik dalam hati kita satu pemikiran yang tak elok, baik usir cepat2 sebelum melarat. Tu main point yang aku belajar. Dekat sini aku belajar macam mana nak berhadapan dengan kehidupan, aku belajar macam mana nak mengatasi kekurangan diri aku, contohnya masa malam Pengahayatan Sastera dan Budaya. Aku kena bersajak depan orang ramai atas pentas, aku dah la fobia diri sorang2 atas pentas tu. Kalau korang nak tahu, tangan aku menggigil dan sejuk macam baru keluar fridge je tahu tak?


        Dah la aku lupa sajak yang aku nak baca, tangan menggigil lagi atas pentas tu, suara macam tak nak keluar je. Tapi sebab aku nak cabar diri aku, aku baca je sajak tu. Semua kawan2 bagi semangat, dia orang tak ejek pon waktu aku macam stuck nak baca sajak, tu lah pengajarannya. Kita tak boleh anggap kita bagus, setiap orang ada kelemahan sendiri. Cuba kalau budak2 ejek aku, mahu aku tak menggeletar satu badan dan cuba kalau dia orang pula kat tempat aku masa tu? Apa perasaan dia orang?  


      Kalau diikutkan, macam2 benda lagi aku nak tulis malam ni. Tapi banyak sangat sampai aku pon tak larat nak tulis. Mungkin, kalau aku ada masa, aku akan update lagi post2 pasal kehidupan aku kat PLKN ni. Macam2 perasaan aku rasa masa dekat PLKN. Ianya dipanggil GERAMJI. Nanti aku akan berceria lebih lanjut lagi. Bye2 adios. Wan An!













Khamis, 27 Disember 2012

Jadikan sebagai PENGALAMAN!

  Assalamualaikum. Harini aku nak sambung lagi cerita. Korang dah baca title kat atas kan?? Korang terfikir tak maksud disebalik title tu? Hmmm...Ceritanya begini, pada suatu hari tu, aku kerja full time, partner promoter aku ambil cuti. Aku kerja macam biasa, nothing happen. Then ada satu customer nak beli seluar, like usual, kena buka bill segala bagai, and customer tu nak potong seluar. aku pun pergi lah ambil pita pengukur and measure la berapa panjang. aku mintakkan promoter lain tolong jahit sebab aku ni masih tak reti2 lagi nak menjahit. Dia minta aku potongkan dulu seluar tu then aku potong la. Tiba2 promoter yang nak tolong jahitkan seluar tu panggil aku. Dia tanya berapa panjang seluar tu, aku jawab la. HAH!!! Seluar tu pendek sangat bila aku potong, AMEKAW... Tak pasal2 aku kena ganti seluar customer tu. Nasib baik customer tu tak marah2 bila aku cakap aku salah ukur seluar dia. Nasib dia tenang je. Aku bagi stok seluar baru dekat dia, seluar yang salah potong tu aku kena bayarlah. Entah apa la dalam kotak pemikiran aku masa tu? Berangan kot sampai salah measure.. Harga seluar tu bukannya murah, nasib la aku boleh bayar pakai staff price, kalau tak... mau koyak beg duit aku ni. Esok tu aku masuk afternoon. Berdebar debar aku nak kena tahan telinga mendengar bebelan atau kena marah dengan partner promoter aku. Alhamdulillah, aku tak kena marah. Dia just nasihat aku supaya lebih berhati hati dan jadikan ini sebagai pengalaman dan pengajaran untuk aku. Aku fobia sekejap je hari tu, kalau ada customer nak potong seluar, aku mintak promoter lain yang tolong ukur untuk aku dan aku takkan potong seluar tu. Dua hari selepas kejadian tu aku akan measure at least dua kali untuk memastikan panjang yang aku ukur tu betul. And selalunya aku akan lebihkan satu inci kalau aku nak potong seluar tu. Aku selalu ingatkan diri aku, seluar tu kalau labuh tak pe kalau aku ukur, tapi jangan pendek. Sampai sekarang aku akan buat macam tu utk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi. Masa aku cakap kat mak aku yang aku salah potong seluar tu, mak aku geleng kepala. Nasiblah adik aku muat seluar tu walaupun ladies punya.

Selasa, 11 Disember 2012

Picnic Yang Tidak Di Jangka.. hahha

hehehe... aku post lagi beberapa perkara.
sebenranya, aku dah lama nak post benda ni, tapi USB cabel aku buat hallah. aku nak masukkan beberapa gambar kenangan aku dengan kawan2 aku sebelum peperiksaan SPM hari tu. Ceritanya macam ni, sebenarnya kita orang nak buat study group, tapi ini yang telah terjadi..
Sudi2 kan la diri anda untuk melihat gambar2 kami semua disini...












































sorry la, kualiti PIC tak berapa memuaskan disebabkan oleh faktor tertentu haahhaaa
tapi kita semua sentiasa enjoy and happy go lucky!!! 

Penat, tapi tak Penat... hmm

heeee, korang tengok tak tajuk post aku ni? pelik kan? Sekali lagi aku menggunakan Hazeequl's principal. Sebenarnya aku nak bercerita pasal kehidupan aku baru2 ni. Macam aku dah cerita, sekarang ni aku dah mula bekerja di Jeans Studio dekat AEON tu. Nak kata dekat, hmmm aku pergi kerja jalan kaki je lah. Kerja dekat situ nak kata penat, tak la juga. Kerja dia simple je, tapi time customer banyak, memang penat la kalau partner aku takde. Almaklumlah aku ni jenis yang blur sikit kan? So kena belajar slow2 walaupun dh cukup 10 hari aku bekerja. Customer ni bukannya always menempel dekat situ je, kalau sekali datang, macam segerombolan lanun pun ada haha, sekali datang ramai gila ohh.. Lepastu tiba2 senyap sunyi je. Pelik kan? Lumrah la kalau macam tu. Kerja memang best. Baru tahu macam mana sukarnya nak dapat duit tu.. So, the moral of the story is, kawan2 yang kat luar tu jangan la asyik nak merajuk kalau parents korang tak nak bagi duit belanja banyak2.. Korang tak tahu bertapa sukarnya atau susahnya nak dapat duit walaupun hanya seringgit. Cuba korang yang pergi kerja, mesti korang tahu apa yang parents korang rasa. Korang tengok kerja parents tu nampak senang, tapi cuba kalau korang dekat tempat parents korang? hmm aku pun tak tahu nak cakap apa. Dengan berkerja, kita boleh la dapat pengalaman, at hte same time boleh belajar untuk adapt situation, berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Ok lah, sampai sini je aku boleh bercerita, lain kali kita sambung lagi eh?? 

Ahad, 2 Disember 2012

ready to goooo hoooo oohhh

 hoohhhhh hahha.. Assalamualaikum. skrng ni baru eden rajin nk mengupdate blog ni ha.. Sekarang ni tinggal lagi 1 paper nak dijawab, lepastu totally free.. At the same time, sekarang ni orang tengah kerja part time kat   Jeans studio, penat memang la penat, sekadar lenguh kaki je, yg lain ok and kerja dekat situ agak relax la.. 1st day masuk, huuuissh, kena hafal kedudukan jeans tu kt mane, kalau tak.., memang jenuh la nak mencari jeans tu kalau customer nak. Lagi satu, orang memang kerja kat satu brand jeans je, tapi brand jeans tu ada banyak jenis dengan denim nya lain2 tu yg kena hafal, nanti terpinga2 pulak nak terangkan kat customer beza jenis jeans tu. hhmmm nasib baik ada pekerja lain yg baik hati nk membantu bila orang tengah BLUR.. hahhaaa. Harini orang kena masuk lambat sikit, tu yang dok relax lagi ni. Ade satu pekerja ni, cara dia bercakap sebijik mcm Najib, kawan orang. Bila tengok dia, automatic teringat kt Najib sbb memang sebijik gila lah. Kiranya bila kerja ni worth juga la sebab dapat menghilangkan perasaan boring lepas SPM ni. At the same time dapat jugak lah simpan duit nak p ambil lesen nanti. By the way, orang terpilih masuk PLKN tau!! Bangga ni, sbb memang nak masuk sangat. Banyak faedahnya sbb PLKN ni kira markah KOKO bonus untuk masuk U nanti.

p/s: orang sebenarnya nak update pasal PICNIC TAK DIJANGKA DENGAN KAWAN2, tapi entah kenapa USB phone dngn komputer buat hal. File tak boleh bukak dekat komputer ni.. Tapi jangan risau, akan eden usahakan jugak nanti.. ADIOS!!!